Minggu, 18 Desember 2011

wasiat Hassan Al Banna

10 wasiat Hassan Al Banna

1. Segerakan solat bila tiba waktu sepanjang tiada keuzuran.
2. Membaca Al-Quran, membuat kajian dan dengan perbahasan ilmiah, zikir kepadaNya, jangan habiskan masa kepada yang tidak
bermanfaat.
3. Rajin berusaha bertutur dalam bahasa arab dengan fasih kerana ia merupakan syiar Islam.
4. Jangan banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia membawa kepada pertengkaran yang tidak mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang bertembung dengan Allah bersifat tenang dan tegas.
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjuang hanya mengenal ketegasan.
7. Jangan meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan menyakitkan hati.
8. Jangan mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara yang baik-baik sahaja.
9. Berkenalanlah dengan saudara sesama Islam di mana-mana saja.
10. Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain memanfaatkan waktunya. Jika ada urusan yang lebih penting maka segerakanlah ia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar